25 Mei 2016, Majlis Sukan Penjara Malaysia dengan kerjasama Muzium Penjara Malaysia, Melaka telah mengadakan pameran di Putrajaya International Convention Centre (PICC) Sempena Jubli Emas Anugerah Sukan Negara (ASN) 2015 yang dirasmikan oleh YBhg. Dato' Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Paeran tersebut mengimbas kembali sejarah kegemilangan Jabatan Penjara Malaysia pada era  tahun 1960an sehingga kini. Pameran yang bermula jam 10.00 pagi berakhir pada jam 11.00 malam.