Di dalam perlembagaannya telah menetapkan 6 objektif penubuhan majlis iaitu:-

  1. Mengadakan peluang-peluang seberapa yang boleh akan kemudahan-kemudahan yang diperlukan  oleh ahli-ahli untuk memupuk bakat-bakat mereka dalam bidang sukan.

  2. Menaja lawatan-lawatan di dalam dan luar Malaysia sebagai satu  cara meluaskan pengetahuan di kalangan ahli.

  3. Menaja kejohanan Olahraga Tahunan dan lain-lain permainan antara ahli-ahli.

  4. Mengadakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan sosial yang memberi faedah kepada majlis.

  5. Membeli,memajak,menyewa atau memiliki hartanah untuk kegunaan pertubuhan selaras dengan tujuannya.

  6. Mengadakan perlawanan-perlawanan persahabatan dengan persatuan-persatuan yang sama objektif dengannya.