Mesyuarat Agung Tahunan MAKSAK Malaysia Kali Ke-60 telah diadakan pada 25 April 2016 bertempat di Dewan Persidangan ICU, Jabatan Perdana Menteri dan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara merangkap Yang Dipertua MAKSAK Malaysia. Perlantikan Exco MAKSAK Malaysia turut diadakan pada mesyuarat agung ini dan YBhg.Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara merangkap Yang Dipertua Majlis Sukan Penjara Malaysia kekal sebagai Naib Yang DiPertua MAKSAK Malaysia bagi sesi 2016-2018.