Pada 19 september 2015 bertempat di Padang Penjara Simpang Renggam Johor telah berlangsung pelepasan Kejohanan Mountain Bikes Challenge 2015 anjuran Majlis Sukan Penjara Malaysia yang dikelolakan oleh Penjara Simpang Renggam.. Kejohanan MTB Jamboree 2015 ini telah Berjaya menghimpunkan seramai 1200 peserta yang melibatkan penyertaan bagi dua kategori pertandingan iaitu kakitangan Penjara dan Terbuka. Pelepasan para peserta dilakukan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mutalip bin Abd Rahim, ADUN Layang – layang merangkap Exco Agama Negeri Johor bersama TKP Ramli bin Osman, Pengarah Penjara Simpang Renggam. Majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutupan pula telah disempurnakan oleh TKJP Dato’ Haji Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan dan Koreksional) Jabatan Penjara Malaysia. Bagi kategori Individu Penjara, Johan di menangi oleh Reisham Azra bin Md Rani dari Penjara Seberang Perai , Naib Johan, Mohd Zaini bin Che Ani dari Penjara Kota Kinabalu, Sabah dan Tempat Ketiga Mohd Nazri bin Abd Rahim dari Institut Pemulihan Dadah Jelebu. Kategori Kumpulan Penjara , Johan dimenangi oleh Penjara Seberang Perai, Naib Johan dimenangi oleh Penjara Kota Kinabalu, Sabah dan tempat ketiga dimenangi oleh Penjara Sungai Buloh. Turut hadir memeriahkan majlis KP Haji Abdul Wahab bin Haji Kassim, Pengarah Penjara Negeri Johor dan ketua – ketua Institusi Zon Selatan.