Pada 14 dan 15 Mac 2015 (Sabtu & Ahad) bertempat di Gelanggang Petanque, Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan Kejohanan Petanque MAKSAK Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2015. Tahun 2015 adalah kali ke-3 institusi ini diberi kepercayaan dan tanggungjawab sebagai jawatankuasa pengelola bagi kejohanan tersebut . Kejohanan ini berjaya mengumpulkan seramai lebih kurang 164 penyertaan dari pelbagai agensi kerajaan yang terdiri daripada Jabatan Penjara, PDRM, TUDM, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kimia, Pejabat Tanah dan Galian, RISDA, IADA,USM Pejabat Daerah Dan Tanah SPS,JKR dan MPPP. Pertandingan diadakan dalam dua kategori lelaki dan wanita yang terdiri daripada Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita, Perseorangan Lelaki Veteran dan Perseorangan Wanita Veteran. Kejohanan ini dilangsungkan untuk memilih pemain-pemain yang akan mewakili MAKSAK Negeri Pulau Pinang ke Kejohanan Petanque Peringkat Kebangsaan di Johor Darul Takzim pada bulan April 2015. Perasmian Penutupan Kejohanan Petanque dilaksanakan oleh TPP Ahmad Kamarrudin bin Yaacob, mewakili Pengarah Penjara Seberang Perai. Disamping itu juga kejohanan ini terbukti telah dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara kakitangan awam di pelbagai peringkat dan agensi. Keputusan keseluruhan kejohanan adalah seperti berikut :-


Kategori Perseorangan Lelaki


JOHAN - Selluandan A/L Karuppiah-PDRM
NAIB JOHAN - Koin Bin Abu Bakar- PDRM MARIN
KETIGA- Rosmadi B Md Hashim-TUDM
KEEMPAT- Mohd Rosmawi B. Jamaluddin-PENJARA SEBERANG PERAI


Kategori Perseorangan Veteran  Lelaki


JOHAN - Damanhuri Bin Abd Rani-PENJARA REMAN PULAU PINANG
NAIB JOHAN - Zulkifli Bin Talib – PDRM MARIN
KETIGA- Khamis Bin Md Saleh - PENJARA SEBERANG PERAI
KEEMPAT- Zulfan Sani Bin Othman– PDRM MARIN


Kategori Perseorangan Wanita


JOHAN - Norshiha Bt Ishak-PDRM
NAIB JOHAN - Haslina Bt Manap-PDRM
KETIGA- Maznah Bt Ahmad-PDRM
KEEMPAT- Fariza Bt Ahmad Basri-PENJARA SEBERANG PERAI


Kategori Perseorangan Veteran  Wanita


JOHAN - Hamiah Binti Ali-PEJABAT KESIHATAN P.PINANG
NAIB JOHAN - Siti Intan Zurina Bt Ahmad-PDRM
KETIGA- Leong Mooi Koy-JKR
KEEMPAT- Norhasimah Binti Abdullah-PDRM