30 November 2014, Mesyuarat Agung Majlis Sukan Penjara Malaysia Sesi 2014-2015 telah diadakan bertempat di Mess Pegawai Ibu Pejabat Penjara Malaysia. YBhg.Dato’Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia merangkap Yang di-Pertua Majlis Sukan Penjara Malaysia telah mempengerusikan mesyuarat agung tersebut  yang melibatkan Yang Dipertua Kelab-Kelab Sukan dan Kebajikan institusi Jabatan Penjara Malaysia. Turut hadir KPj Dato’ Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan) merangkap Naib Yang Dipertua II Majlis Sukan Penjara Malaysia serta Pengarah-Pengarah Bahagian Jabatan Penjara Malaysia. 

Mesyuarat kali ini melibatkan  pemilihan dan perlantikan Exco MSPM bagi sesi 2014-2015. Dalam ucapan aluan YBhg.Dato’ Sri yang di-Pertua turut merakamkan setinggi-tingi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua barisan Exco Majlis Sukan Penjara Malaysia yang telah memberikan komitmen  dalam menjayakan pengurusan Majlis Sukan Penjara Malaysia sepanjang tempoh Sesi 2012-2013. Tidak dilupakan juga kepada institusi pengelola kejohanan Majlis Sukan Penjara Malaysia bagi tahun 2014 yang telah berjaya melaksanakannya dengan penuh meriah dan teratur.

Pada kali ini, Anugerah Olahragawan, Olahragawati serta Johan Keseluruhan kejohanan Majlis Sukan Penjara Malaysia turut disampaikan semasa majlis penutupan Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi Penjara Malaysia pada 2 Disember 2014 di Dewan Putera, Hotel IOI Palam Garden, Bangi. Syabas dan tahniah di atas kejayaan Pasukan Selangor A yang diwakili oleh Penjara Kajang, Selangor yang telah mengungguli anugerah Johan Keseluruhan kejohanan Majlis Sukan Penjara Malaysia bagi Tahun 2014. WP 21034 Nurhisyam bin Tuh dari Penjara Kajang telah dipilih sebagai Olahragawan Majlis Sukan Penjara Malaysia Tahun 2014 dan Koperal 14243 Zura bt. Omar dari Penjara Wanita Kajang sebagai pemenang bagi Olahragawati Majlis Sukan Penjara Malaysia Tahun 2014. Hadiah telah disampaikan oleh YB. Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri. 

EXCO MAJLIS SUKAN PENJARA MALAYSIA SESI 2014-2015

YANG DIPERTUA

YBhg. KJP Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar

NAIB YANG DIPERTUA I

YBhg. TKJP Dato’ Hj. Hassan bin Sakimon

NAIB YANG DIPERTUA II

YBhg. KPj Dato’ Wan Abdul Rahman bin Abdullah

SETIAUSAHA KEHORMAT

PP Abd Rahman bin Taib

PENOLONG SETIAUSAHA

KIP Ramli bin Umar

BENDAHARI KEHORMAT

Encik Nik Ahmad Zaki bin Nik Ismail

PENOLONG BENDAHARI

KIP Mohd Juhaimi bin Jusoh

AHLI-AHLI

1.TKPj Nordin bin Mohamad

2.TKPj Haji Zawawi bin Ab. Rahim

3.TKPj Hj.Darussalam bin Hj Budin

4.TKPj Narander Singh a/l Chand Singh

5.TKPj Ibrisam bin Abd Rahman

6.TKPj Tan Tian Heng.

7.TKPj Haji Ab. Basir bin Mohamad [Penjara Sabah]

8.TKPj Abdul Kadir bin Hj Rais   [Penjara Sarawak]

9.PKK Hamzani bin Che Berahim

10.PKK Jamilah bt Abu Hassan              

JURU AUDIT DALAM

1. TKPj Abdul  Aziz Mohamad

2.PKK  Ku Nawawi bin Ku Hamid