Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh PKP Lim Kim Mooi, Pengarah SHG Telok Mas manakala Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh KPj Haji Abdul Wahab bin Haji Kassim, Pengarah Penjara Kajang, Majlis ini turut dihadiri PKK Hamzani bin Che Berahim, Pengarah Penjara Marang merangkap Exco Majlis Sukan Penjara Malaysia serta Ketua-ketua Institusi Zon Selatan. Keputusan perlawanan kali ini, Pasukan Selangor A muncul sebagai johan diikuti Naib Johan Pasukan Kelantan B dan Tempat ke tiga bersama, Perak A dan Johor C. Mohd Hafiz bin Ibrahim dari Pasukan Kelantan B telah dipilih sebagai Pemain Terbaik dan juga turut memenangi hadiah sebagai Penjaring Terbanyak Kejohanan Futsal Penjara Malaysia Tahun 2014.