-
Peruntukan Khas Kerajaan
-
Yuran bulanan daripada ahli-ahli yang menjadi ahli Kelab Sukan Penjara
-
Faedah simpanan tetap di bank-bank perdagangan
-
Pulangan daripada jualan produk-produk Majlis Sukan Penjara Malaysia
-
Sewaan rumah kedai Majlis Sukan Penjara Malaysia
-
Derma dari syarikat swasta/individu
Di dalam perlembagaannya telah menetapkan 6 objektif penubuhan majlis iaitu:-
-
Mengadakan peluang-peluang seberapa yang boleh akan kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh ahli-ahli untuk memupuk bakat-bakat mereka dalam bidang sukan.
-
Menaja lawatan-lawatan di dalam dan luar Malaysia sebagai satu cara meluaskan pengetahuan di kalangan ahli.
- Menaja kejohanan Olahraga Tahunan dan lain-lain permainan antara ahli-ahli.
- Mengadakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan sosial yang memberi faedah kepada majlis.
- Membeli,memajak,menyewa atau memiliki hartanah untuk kegunaan pertubuhan selaras dengan tujuannya.
- Mengadakan perlawanan-perlawanan persahabatan dengan persatuan-persatuan yang sama objektif dengannya.
Di bawah Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1966 (peraturan 5) satu pertubuhan telah ditubuh dan diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 10 September 1979 yang dikenali dengan nama “MAJLIS SUKAN PENJARA MALAYSIA” di bawah Nombor Pendaftaran 1698 (Perak). Keahlian majlis ini adalah terdiri dari kelab-kelab sukan seluruh institusi Penjara Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
Pejabat Majlis Sukan Penjara Malaysia pada ketika itu beroperasi di Bangunan Ibu Pejabat Penjara Malaysia bersebelahan dengan Pejabat Tanah dan Daerah Larut Matang, Taiping sehinggalah pada 10 Januari 1991 pejabat MSPM telah dipindahkan ke Kajang, Selangor bersama-sama pemindahan Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
Mengikut sejarah Bangunan ini telah dibina pada tahun 1897 dan ianya dirasmikan oleh D.Y.M.M. Sultan Idris Nurshidul 'Adzam' Shah. Bangunan ini terletak di sebelah timur laut bandar Taiping iaitu di persimpangan Jalan Kota dan Jalan Alang Ahmad. Bangunan yang setinggi dua tingkat dan berbentuk 'U' ini didirikan dalam tahun 1897 sebagai Pejabat Penasihat British kemudianya dijadikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan seterusnya sebagai Dewan Undangan Negeri. Selepas peperangan dunia kedua pusat pentadbiran Negeri Perak telah dipindahkan ke Ipoh dan bangunan ini telah dijadikan Ibu Pejabat Penjara Malaysia serta Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang. Pada tahun 1991 bangunan ini telah diserah sepenuhnya kepada Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang.